Pasangan jatuh Jambatan Pulau Pinang selepas bertengkar, diselamatkan orang awam, nelayan - Utusan Malaysia

Pasangan jatuh Jambatan Pulau Pinang selepas bertengkar, diselamatkan orang awam, nelayan

TANGKAP layar video dua mangsa masing-masing seorang lelaki dan wanita yang terjatuh ke laut selepas dipercayai berlaku pertengkaran antara mereka di Jambatan Pulau Pinang, petang semalam. - SUMBER MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Seorang pengguna jalan raya nekad terjun dari Jambatan Pulau Pinang untuk menyelamatkan pasangan lelaki dan wanita yang terjatuh ke laut, petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 7 petang tadi itu berlaku di Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai yang mana pasangan terbabit dikatakan bertengkar sebelum dilihat terjatuh ke laut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 7.49 petang tadi dan operasi menyelamat melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai.

KERETA yang ditinggalkan mangsa masing-masing seorang lelaki dan wanita yang terjatuh ke laut selepas dipercayai berlaku pertengkaran antara mereka di Jambatan Pulau Pinang, petang tadi.

Menurutnya, dua mangsa iaitu lelaki dan wanita tempatan masing-masing berusia 30-an sebelum itu menaiki sebuah kereta Honda Civic berwarna putih.

“Dimaklumkan berlaku pertelingkahan antara mereka di kawasan hentian atas jambatan. Kedua-dua mangsa telah terjatuh ke dalam laut.

“Ketika itu, terdapat seorang lelaki yang juga orang awam berada di tempat kejadian bertindak terjun untuk menyelamatkan mangsa, namun pada ketika itu bot nelayan juga berada di lokasi.

“Kedua-dua mangsa telah diselamatkan oleh orang awam terbabit dan kemudiannya dibawa naik ke atas bot nelayan ke Jeti Batu Uban,” katanya di sini malam ini.

Jurucakap itu menambah, kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pukul 8.35 malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya