PADU diteruskan, tidak akan ditangguh - Fahmi

PADU diteruskan, tidak akan ditangguh – Fahmi

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelaksanaan Pangkalan Data Utama (PADU) tidak akan ditangguhkan biarpun timbul beberapa isu teknikal selepas ia dilancarkan secara rasmi semalam.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri yang bermesyuarat hari ini juga memutuskan PADU akan diteruskan seperti dirancang.

Beliau berkata, ketika ini, kerajaan mendapati sistem tersebut berjalan dengan lancar, malah isu-isu berbangkit berjaya diselesaikan dalam jangka masa singkat.

“Pemantauan tentang isu keselamatan juga terus dilakukan dan tidak timbul isu untuk menangguhkan PADU,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Katanya, beliau juga percaya segala isu berbangkit mengenai pelaksanaan PADU dititikberatkan oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan pasukannya.

Fahmi berkata, Jemaah Menteri hari ini juga merakamkan tahniah kepada pasukan PADU kerana bertungkus-lumus dalam tempoh singkat untuk memastikan sistem itu tersedia.

Terdahulu, bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming menggesa kerajaan supaya menangguhkan proses pendaftaran PADU sehingga beberapa kecacatan keselamatan diperbetulkan.

Menurutnya, langkah itu perlu kerana wujud kecacatan dalam sistem pendaftaran PADU, termasuk menghendaki pengguna mengisi maklumat sama yang sudah ada dalam pangkalan data sistem itu.

Bekas Ahli Parlimen Bangi itu turut meminta orang ramai segera mendaftar di portal PADU kerana bimbang maklumat kad pengenalan boleh digunakan individu lain kerana kelulusan e-KYC (Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital) yang mengambil masa tiga hari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya