Muhammad Sanusi selesai beri keterangan

Muhammad Sanusi selesai beri keterangan

MUHAMMAD Sanusi Md Nor selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu rasuah persatuan bola sepak sebentar tadi.

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu keluar dari ibu pejabat SPRM pukul 11.37 pagi selepas hampir tiga jam memberi keterangan.

Difahamkan, Muhammad Sanusi tiba di Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.

Beliau yang menaiki kereta jenis Mercedes Benz warna kelabu bagaimanapun tidak memberhentikan kenderaan walaupun disapa pengamal media yang menunggu di luar bangunan.

KENDERAAN membawa Muhammad Sanusi keluar dari bangunan ibu pejabat SPRM, Putrajaya. – VIDEO OLEH MOHD HUSNI MOHD NOOR

 

Muhammad Sanusi dikehendaki hadir ke SPRM berhubung isu rasuah lebih RM6 juta melibatkan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Sumber mendedahkan, siasatan membabitkan kes rasuah ini dijalankan SPRM selepas menerima laporan daripada kontraktor yang sebelum ini dijanjikan mendapat projek-projek di negeri berkenaan jika menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak berkenaan.

Kata sumber itu, berdasarkan siasatan, terdapat individu penting berjawatan tinggi di Kerajaan Negeri dan di persatuan bola sepak berkenaan yang berjanji akan memberikan projek-projek pembinaan dan perkhidmatan sebagai balasan kepada kontraktor yang menyumbang dana.

Namun, selepas kontraktor-kontraktor ini menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak berkenaan, mereka tidak menerima sebarang projek sebagaimana dijanjikan individu terbabit.

Kontraktor yang merasakan telah ditipu ini telah membuat laporan kepada SPRM atas penawaran projek yang dijanjikan kepada mereka oleh individu berkenaan.

Pada 7 Januari lalu, Muhammad Sanusi mendakwa, wang RM6 juta yang dikaitkan dalam isu rasuah Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) adalah sumbangan sebuah syarikat.

Terdahulu, media melaporkan, SPRM menahan reman empat individu termasuk CEO KFA masing-masing berusia 40 hingga 60 tahun bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah RM6 juta.

Lebih 20 pengamal media pelbagai agensi berkumpul di luar bangunan SPRM sejak 10 pagi tadi bagi mengikuti perkembangan kes berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya