Masalah penyeliaan punca anggota polis terlibat salah laku

Masalah penyeliaan punca anggota polis terlibat salah laku

AYOB Khan Mydin Pitchay dalam sidang akhbar di Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Masalah penyeliaan dipercayai antara punca pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam kes salah laku.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tiada masalah dari segi prosedur operasi standard (SOP) pengambilan polis sebaliknya aspek penyeliaan dilihat antara kelemahan sehingga menyebabkan segelintir anggota terlibat dalam isu integriti.

Justeru, katanya, aspek penyeliaan perlu diperkemaskan selain tindakan tegas tanpa kompromi dikenakan terhadap pegawai dan anggota yang terpalit masalah salah laku.

“SOP pengambilan sudah lengkap, tetapi penyeliaan dan tindakan tegas perlu diambil.

“Kebanyakan mereka (anggota dan pegawai baharu) semasa masuk polis tiada masalah, namun disebabkan persekitaran, cabaran besar mungkin mereka tergoda.

“Ini masalah dari segi penyeliaan, ia perlu diperkemaskan bagi mengurangkan isu ini (salah laku),” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.

Beliau ketika diminta mengulas berhubung isu salah laku dan integriti yang terpalit terhadap pegawai dan anggota polis sejak kebelakangan ini.

Tegas Ayob, meskipun hanya segelintir pegawai dan anggota terbabit dalam masalah laku namun ia telah mencemarkan imej PDRM.

“Isu ini bukan mengenai peratusan kecil namun ia mencemar imej kita. Walaupun dua peratus, kita tidak akan bertolak ansur.

“Saya sudah ingatkan banyak kali dan berkongsi banyak tangkapan, kita tengok sekarang ini jika ada terlibat, kita akan tangkap dan akan tuduh di mahkamah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya