Mangsa banjir di Terengganu kekal 473 orang - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Terengganu kekal 473 orang

SEORANG penduduk membersihkan perkakasan di rumahnya setelah banjir surut di Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu kekal tidak berubah iaitu seramai 473 orang daripada 157 keluarga setakat pukul 4 petang hari ini.

Kesemua mereka kini berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) daerah Dungun, yang menjadi satu-satunya daerah masih terjejas dalam gelombang keempat kali ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, mangsa banjir di Dewan Serbaguna Kampung Shukor kekal seramai 226 orang daripada 61 keluarga manakala di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja, kekal 247 orang daripada 96 keluarga.

“Proses pembersihan rumah mangsa banjir di kampung tersebut yang dipenuhi lumpur masih dijalankan dengan bantuan pelbagai pihak.

“Mangsa hanya akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas pembersihan selesai,” katanya ketika dihubungi hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya