Kertas siasatan babit gerakan 'Langkah Dubai' dirujuk AGC 

Kertas siasatan ‘Langkah Dubai’ dirujuk ke Peguam Negara

langkah dubai
MOHD. SHUHAILY MOHD. ZIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kertas siasatan berhubung gerakan ‘Langkah Dubai‘ bagi menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dirujuk ke Pejabat Peguam Negara (AGC) semalam.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zin berkata, pihaknya akan menunggu arahan lanjut daripada pihak AGC untuk tindakan seterusnya.

“Buat masa ini tiada individu lain yang dipanggil untuk dirakam keterangan selain daripada empat individu yang kita panggil sebelum ini.

“Sebanyak 145 laporan polis diterima di seluruh negara berkaitan setakat semalam,” katanya di sini.

Dalam perkembangan berasingan, Mohd. Shuhaily berkata, kertas siasatan berhubung isu rakaman video tular mengenai perbualan lucah yang dikaitkan bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr. Mohammad Agus dan Penolong Pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani Yusoff masih dalam semakan AGC.

Kata beliau, kertas siasatan telah dilengkapkan dan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara pada 18 Disember tahun lalu.

“Namun, kertas siasatan itu masih di dalam kajian dan semakan mereka,” jelasnya.

Media sebelum ini melaporkan polis sudah memanggil empat individu untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung perkara itu pada Jumaat lalu.

Mereka adalah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop, yang mula mendedahkan tentang gerakan berkenaan.

Tiga lagi adalah Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard dan Mohamad Salim Iskandar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya