Kerja-kerja sambung paip baharu di Sungai Perai siap lebih awal  

Kerja-kerja sambung paip baharu di Sungai Perai siap lebih awal  

KERA-kerja lencongan di tapak untuk menyambungkan dua saluran paip berukuran 600 milimeter (mm) baharu di Sungai Perai, Pulau Pinang telah disiapkan awal pagi hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Kerja-kerja lencongan di tapak untuk menyambungkan dua saluran paip berukuran 600 milimeter (mm) baharu di Sungai Perai disiapkan lebih cepat daripada yang dijadualkan.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berkata, setakat pukul 4.30 pagi tadi saluran paip baharu itu disambungkan manakala bahagian paip bawah air yang bocor di dasar sungai telah diputuskan.

“Ujian dan pengoperasian saluran paip telah bermula. Ini akan disusuli tidak lama lagi dengan usaha memulihkan semula bekalan air untuk 84 peratus daripada 120,000 pengguna terjejas lebih awal daripada jadual,” katanya di sini hari ini.

Selasa minggu lalu, bahagian saluran paip 1,350 mm di dasar Sungai Perai sekali lagi dikesan mengalami kebocoran yang menyebabkan berlaku gangguan bekalan air kepada kira-kira 120,000 pengguna di negeri ini.

Ekoran kejadian itu, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, PBAPP melaksanakan dua pelan tindakan respons kecemasan secara serentak iaitu melibatkan plan A iaitu melaksanakan kerja-kerja mengapit semula saluran paip 1,350mm.

Kon Yeow berkata, pelan B pula melibatkan kerja pembinaan dua saluran paip gantian 600mm baharu merentasi Sungai Perai untuk menggantikan bahagian saluran paip 1,350mm di dasar Sungai Perai yang bocor.

Menurut PBAPP, pemulihan semula bekalan air kepada 84 peratus daripada pengguna yang terjejas itu telah bermula dan dijangka selesai pada Khamis ini, kira-kira pukul 3.30 petang.

“Pemulihan bekalan air untuk baki 16 peratus pengguna terjejas (termasuk hujung paip agihan dan kawasan tinggi) dijangkas selesai pada pukul 3.30 petang, Jumaat ini. PBAPP akan mengemaskini kemajuan Pelan B hari ini juga,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya