‘Kerajaan Madani kalau hendak jatuh ada satu cara sahaja’ - Utusan Malaysia

‘Kerajaan Madani kalau hendak jatuh ada satu cara sahaja’

Kerajaan jatuh
SHAMSUL Iskandar Md. Akin ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Jalinan Mesra anjuran Pusat Khidmat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakatan Harapan di Kuala Selangor, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Kerajaan Perpaduan dilapor hanya akan jatuh sekiranya Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Abang Johari Openg menarik sokongan.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin yang memaklumkan perkara tersebut diyakini tidak akan berlaku berdasarkan sokongan kuat diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, Abang Johari dikatakan bertemu dengan Anwar pada pagi tadi di Putrajaya dan dalam pertemuan selama satu setengah jam itu, pelbagai perkara dimuktamad yang mengukuhkan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak.

“Tadi pagi saya menunggu Premiere Sarawak yang berjumpa dengan Perdana Menteri hampir sejam setengah untuk muktamadkan betul-betul, tidak ada isu-isu berbangkit dan sebagainya.

“Kerajaan Madani kalau hendak jatuh ada satu cara sahaja, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tarik sokongan dan Abang Johari pun sama, habislah kerajaan. Do you think it is possible? Insya Allah, tidak. Hari Jumaat ini saya sebut dengan penuh yakin,” katanya dalam Majlis Jalinan Mesra anjuran Pusat Khidmat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakatan Harapan, hari ini.

Malah, beliau menjelaskan laporan polis dibuat beliau sebelum ini menumpukan kepada tindakan dibawah Seksyen 124(b) dan 124(c) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 yang boleh mengakibatkan pelaku ditahan tanpa bicara selama 27 hari.

Dalam pada itu, Shamsul Iskandar yang juga bekas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya memberitahu tiada lagi gerakan untuk menjatuhkan kerajaan dikesan terutama selepas hampir 80 laporan polis di seluruh negara dibuat terhadap usaha tersebut.

“Saya harap, pasukan polis kita sudah buat hampir 80 laporan di seluruh negara, akan menyempurnakan segera siasatan mereka, kita boleh bawa mereka yang tidak bertanggungjawab itu ke muka pengadilan.

“Saya fikir selepas laporan polis dibuat, tidak ada langsung gerakan itu, saya percaya daripada awal sebenarnya pembangkang cuba membuat spekulasi yang tidak benar seperti itu,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya