Isu tanah: KDCA cuba sampaikan rintihan lebih 2,000 penduduk

Isu tanah: KDCA cuba sampaikan rintihan lebih 2,000 penduduk

OSEPH Pairin Kitingan (kiri) semasa sidang akhbar mengenai isu tanah di Dewan Hongkod Koisaan KDCA, Penampang, Sabah baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) akan menyampaikan kepada kerajaan berhubung isu rintihan lebih 2,000 penduduk di enam daerah yang begitu terdesak dalam mempertahankan tanah adat yang diduduki sejak bergenerasi lamanya.

Presidennya ,  Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, satu pasukan petugas khas perlu diwujudkan bagi meneliti permohonan geran tanah yang dikemukakan di setiap daerah yang terlibat.

Melalui pasukan petugas khas itu, kerajaan negeri dan bantuan pegawai daerah boleh menentukan sama ada tanah yang dipohon itu milik kerajaan negeri mahupun pihak lain.

Beliau berkata, rayuan penduduk di enam daerah ini telah disampaikan melalui Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) kepada kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan Yang di-Pertua Agong.

Memandangkan ia melibatkan komuniti Orang Asal maka, KDCA akan cuba membantu menyampaikan kepada kerajaan negeri sekali lagi untuk menyelesaikan isu pemilikan tanah di enam daerah yang terlibat.

Enam daerah itu adalah Tongod, Tawau, Nabawan, Tenom, Keningau dan Ranau.

Pairin berkata, isu tanah berkaitan dengan proses undang-undang dan dasar kerajaan negeri maka, KDCA hanya dapat membantu menyampaikan rayuan penduduk di enam daerah itu kepada kerajaan untuk tindakan selanjutnya.

“Itu sebabnya saya cadangkan untuk menubuhkan pasukan petugas khas untuk meneliti dengan lebih mendalam tentang isu berkaitan tanah yang sudah berlanjutan begitu lama ini.

“Apabila ada rayuan yang menunjukkan ketidakpuasan hati sebegini, kerajaan harus mengambil berat tentang perkara ini agar boleh diselesaikan dari sudut undang-undang,” katanya semasa sidang akhbar di sini, hari ini.

Pairin berkata, biarpun persatuan itu bukan pihak yang membuat keputusan namun, mereka akan cuba membantu menyampaikan rintihan Orang Asal itu kepada kerajaan agar ada tindakan segera dapat diambil. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya