Isu konsert Siti Nurhaliza: Mufti tawaduk, tiada salah minta maaf

Isu konsert Siti Nurhaliza: Mufti P.Pinang tawaduk, tiada salah minta maaf

MOHD. NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tindakan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor meminta maaf kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menunjukkan dirinya itu bersifat tawaduk atau merendah diri berhubung isu penganjuran konsert penyanyi itu menjelang bulan Ramadan.

Demikian pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar sebagai merujuk perbuatan berani tokoh agama berkenaan selepas pihak penganjur, Yayasan Nurjiwa memberikan pencerahan dan Wan Salim mendengar penjelasan tersebut.

Beliau malah menyifatkan langkah itu bukan bererti cendekiawan berkenaan sebagai salah namun beliau bersetuju agar konsert tersebut ditunda bagi menghormati Ramadan.

“Beliau ada perasaan hormat dan apabila memohon maaf, ia tidak pula bermaksud mufti tersebut sebagai lemah atau tunduk tekanan kerana ini juga adat kaum Melayu.

“Saya secara peribadi mengenali beliau sebagai seorang yang tawaduk atau merendah diri waima ilmunya lebih tinggi malahan dihormati umat Islam,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan pentauliahan sijil profesional Sulh-Mediasi anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia, di sini hari ini.

Ahad lalu, Wan Salim tampil terbuka memohon maaf kepada penyanyi wanita tersebut kerana berani menegurnya menganjurkan konsert di ibu kota menjelang bulan Ramadan.

Ditanya kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas, Datuk Ahmad Yahaya kesal beliau tidak membela Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah, beliau menafikannya, bahkan mengulangi pendiriannya bahawa semua mufti perlu berwaspada mengeluarkan fatwa dan ada garis panduan ditetapkan untuk mengelak isu kontroversi.

Tambahan pula ujarnya, pandangan mufti berkenaan melibatkan isu nasional dan boleh memberikan kesan besar kepada umat Islam yang mungkin jahil mengenai ilmu agama.

“Saya tidak pernah pertikai namun saya sebut jika ulasan itu mencetuskan pula kegusaran awam, lebih baik dirujuk Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan,” tambahnya.

Awal bulan ini, Luqman menegaskan pekerja Muslim yang bertugas di bank konvensional wajar beralih karier dengan bekerja di institusi perbankan Islam yang sah patuh syariah.

Mohd. Na’im walau bagaimanapun menghormati penjelasan hukum berkenaan tetapi ia perlu disertakan dengan hujah konkrit dan ada jalan penyelesaian yang lebih berhikmah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya