Gerai bunga api diserang dengan molotov - Utusan Malaysia

Gerai bunga api diserang dengan molotov

Bunga api
KEADAAN gerai yang terbakar dalam kejadian dekat Taman Eng Ann di Klang, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang pemuda nekad membaling molotov cocktail ke sebuah gerai jual buah, bunga api dan mercun dalam satu kejadian dekat Taman Eng Ann, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, suspek dipercayai berang dengan tindakan peniaga tersebut yang enggan memberikannya barangan berkenaan yang mahu dibelinya selepas memberitahu tidak mempunyai wang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd. Khairi Shafie berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia lingkungan 50-an sedang di tepi jalan taman perumahan tersebut.

Menurutnya, pengadu kemudian didatangi suspek lelaki berusia 25 tahun menunggang motosikal Yamaha 135LC yang mahu membeli bunga api.

“Selepas membungkus, suspek dikatakan tidak mempunyai wang untuk membelinya dan pengadu mengambil semula bungkusan itu.

“Namun, lelaki itu datang semula ke gerai berkenaan dengan membaling botol berisi petrol sehingga berlaku kebakaran yang berjaya dipadamkan bomba,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambah Mohd. Khairi, hasil maklumat membawa kepada penahanan suspek di Taman Karuppiah, Padang Jawa di sini, kira-kira pukul 1 petang tadi.

“Semakan mendapati lelaki yang menganggur itu mempunyai dua rekod jenayah lampau. Nilai kerugian dianggarkan RM18,000 dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat dengan api,” ujarnya.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara atau balai polis berdekatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya