Batal lesen perniagaan jika sewa premis kepada warga asing  - Utusan Malaysia

Batal lesen perniagaan jika sewa premis kepada warga asing 

NGA Kor Ming (empat dari kanan) pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Reka Bentuk Pembinaan Pasar Awam Bukit Mertajam di Bandar Perda, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: Mana-mana pihak yang menyalahgunakan lesen dengan menyewakan premis perniagaan kepada warga asing berdepan pembatalan lesen serta-merta.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pihaknya sehingga kini tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada warga asing untuk membuka premis perniagaan di negara ini.

Sebaliknya, kata beliau, kerajaan khususnya melalui KPKT sentiasa konsisten dalam membela keselamatan dan kesejahteraan penduduk tempatan.

“Jadi, tindakan undang-undang itu sedang diambil melalui operasi penguatkuasaan yang dijalankan (untuk mengesan premis-premis perniagaan yang disewakan kepada warga asing).

“Dalam hal ini, apabila kita (KPKT) syak telah berlaku isu seperti salah guna premis atau salah lesen dikeluarkan PBT (pihak berkuasa tempatan), maka lesen terbabit akan dibatalkan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Reka Bentuk Pembinaan Pasar Awam Bukit Mertajam di bangunan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Bandar Perda, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Kor Ming memberitahu, sebanyak 1,539 operasi penguatkuasaan terhadap premis perniagaan yang melibatkan warga asing telah dijalankan sepanjang tahun lepas setakat 31 Oktober lalu.

Katanya, sehingga kini, sebanyak 26,108 lesen peniaga telah dibatalkan atas sebab pelanggaran syarat-syarat lesen dan premis yang dibuat oleh PBT.

“Dalam hal ini, KPKT juga bersedia dan akan memberi kerjasama dengan kementerian lain dalam program ‘turun padang’ sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengekang penularan masalah perniagaan secara haram oleh warga asing,” ujar beliau. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya