Badan kehakiman jadi 'kambing hitam' - Tun Maimun

Badan kehakiman jadi ‘kambing hitam’ – Tun Maimun

TUN Tengku Maimun Tuan Mat ketika hadir Majlis Perasmian Pembukaan Tahun Perundangan 2024 di PICC, Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Badan kehakiman menjadi ‘kambing hitam’ setiap kali individu-individu berprofil tinggi dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata, menjadi ‘karung tinju’ untuk masyarakat melepaskan marah menjadikan keyakinan orang awam terhadap institusi kehakiman semakin terhapus.

“Apa yang masyarakat gagal untuk fahami ialah pihak yang bertanggungjawab untuk keputusan sedemikian (lepas bebas individu daripada pertuduhan) ialah pendakwa raya dan bukannya mahkamah.

“(Tetapi) yang sering dimarahi setiap kali keputusan sedemikian dilakukan ialah mahkamah dan ini menghakis keyakinan awam terhadap kehakiman,” ujarnya dalam ucapan pada Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ujar Tengku Maimun, apabila pendakwa raya memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap seseorang, mahkamah hanya mempunyai dua pilihan sahaja.

“Mahkamah hanya mempunyai dua pilihan sahaja iaitu sama ada membenarkan tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan (DAA) atau dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan (DNAA).

“Mahkamah tidak boleh berpaling (daripada dua pilihan tersebut) dan menggesa pendakwa raya untuk mengekalkan pertuduhan,” ujar Tengku Maimun.

Tambah Ketua Hakim Negawa wanita pertama itu, badan Kehakiman dan Pendakwa Raya, mempunyai peruntukan undang masing-masing dalam melaksanakan tugas mereka.

Kedua-dua institusi ini perlu ‘dihukum’ seadilnya kerana menjalankan tugas masing-masing tanpa mencampur adukkan kedua-duanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya