Anwar zahir simpati tragedi gempa di Jepun

Anwar zahir simpati tragedi gempa di Jepun

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri , Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan simpati dengan tragedi gempa bumi berukuran sehingga 7.6 magnitud yang melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun, hari ini.

Menurut beliau, Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Jepun sedang memantau rapat sebarang perkembangan terkini mengenai bencana tersebut.

“Moga yang terkesan diberi ketabahan dan kesabaran dalam waktu sukar dan mencabar ini, termasuk rakyat kita di sana,” katanya menerusi hantaran Facebook beliau malam ini.

Terdahulu, Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas akibat gempa bumi di negara itu.

Perkara itu disahkan melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo yang ketika ini sedang memantau rapat perkembangan susulan bencana alam itu.

Gempa bumi dengan magnitud 7.6 itu mencetuskan amaran tsunami sepanjang kawasan pantai barat Jepun.

Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini dan nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Wisma Putra berkata, sebarang perkembangan terkini mengenai kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya