Angah ditemukan selamat - Polis

Angah ditemukan selamat – Polis

AHMAD FAIZAL TAHRIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Remaja lelaki berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang bersama abangnya dari surau perumahan Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, di sini, 1 Januari lalu ditemukan selamat hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Ya, sudah ditemui,” katanya ringkas.

Difahamkan polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung penemuan itu.

Media semalam melaporkan, seorang lelaki berusia 42 tahun direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan kes dua beradik dipercayai dikurung di sebuah hotel di ibu negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang remaja berusia 16 tahun kira-kira 2.48 pagi pada 12 Januari lalu berkenaan kes cabul dan diliwat seorang individu di sebuah hotel di Jalan Sultan dekat sini. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melalukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Terdahulu, Utusan Online melaporkan remaja daripada dua beradik lelaki dilaporkan hilang pada bersama adiknya pada 1 Januari lalu mendakwa dikurung dalam sebuah motel di Jalan Petaling dekat sini oleh individu tidak dikenali.  

Malah, remaja berusia 17 tahun itu mendakwa selama dikurung bersama adiknya selain diperlakukan tidak baik sebelum dipisahkan pada 9 Januari lalu. 

Bagaimanapun, remaja tersebut berjaya melarikan diri sebelum ditemukan dalam keadaan tidak bermaya di Stesen LRT Pasar Seni dekat sini pada malam, 11 Januari lalu.UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN