SHAH ALAM: Niat baik seorang pelajar tingkatan tiga yang membantu ayahnya menghantar barang ke rumah kawannya dengan menunggang motosikal memakan diri apabila ditahan pihak berkuasa dalam Op Ambang Tahun Baharu 2024 di Lebuhraya Persekutuan, berdekatan Seksyen 7, dari arah Klang menuju Kuala Lumpur, di sini awal pagi semalam. Pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Hadi berkata, ayahnya memintanya berbuat demikian kerana rakannya amat memerlukan barang tersebut dengan segera. “Namun ayah…










