ADUN Tg Aru ditegur ‘Jangan pandai kritik orang, hentam orang’

Sidang DUN Sabah: ADUN Tg Aru ditegur ‘Jangan pandai kritik orang, hentam orang’

HAJIJI NOOR (kiri) dan JUNZ WONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: “Jangan pandai kritik orang, hentam orang…diri kau, kau tidak tahu macam mana.”

Itu peringatan diberikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru, Datuk Junz Wong yang bertindak menghentam pegawai kerajaan dalam sidang DUN Sabah, hari ini.

Hajiji berkata, tindakan ADUN Tanjung Aru menghentam Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) adalah sesuatu yang tidak adil dibangkitkan dalam persidangan DUN.

“Tanjung Aru hentam CEO SESB sahaja. Saya ingat tidak adil untuk kamu cakap dalam Dewan ini, kritik pegawai-pegawai kerajaan yang tidak boleh mempertahankan diri.

“Saya ingat (ADUN Tanjung Aru) boleh tulis surat kepada kita atau kepada pihak pengurusan (SESB). Tidak perlu bawa dalam Dewan yang mulia ini, kalau ada sesuatu yang kita rasa tidak bagus, tulis surat,” katanya.

Sebelum itu, semasa membahaskan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024, Junz mendakwa CEO SESB telah mengarahkan kakitangan SESB menjadi cybertrooper (tentera siber) bagi menjawab kritikan terhadap CEO mereka dalam laman media sosial.

“Ramai kakitangan dipaksa menjadi cybertrooper. Mereka tidak rela tetapi dipaksa oleh majikan atas desakan CEO SESB.

“SESB sekarang sudah jadi macam parti politik. Dengan budaya kerja baharu ini, sudah tentu fokus kakitangan adalah menjawab dalam media sosial dan kerja hakiki sebenar diketepikan. Jadi, secara tidak langsung kualiti bekalan elektrik tentu akan menurun,” katanya.

ADUN Tanjung Aru itu berkata, masalah catuan bekalan elektrik masih dilakukan maka, timbul persoalan apa rancangan SESB dalam menangani masalah kekurangan bekalan elektrik ini.

Sebelum ini, CEO SESB ada menyatakan masalah catuan bekalan elektrik akan selesai dalam tempoh dua tahun.

Namun, apa langkah penyelesaian jangka panjang dan jangka pendek yang ingin dilaksanakan oleh SESB kerana rakyat dan ahli perniagaan cukup terkesan dengan catuan bekalan yang berlaku.

Itu sebabnya kakitangan SESB harus mempunyai persekitaran kerja yang kondusif manakala, CEO SESB perlu fokus bekerja dan bukannya sibuk dengan cybertrooper.

“Usah sibuk untuk menjaga imej sendiri, kecuali dia (CEO SESB) mahu jadi calonlah (pada pilihan raya), itu pun jangan salah guna SESB.

“Jika CEO SESB tidak boleh terima teguran maka, letak jawatan sahajalah. Banyak lagi individu profesional lain yang berbaris untuk jawatan tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya