Lelaki dituduh amang seksual fizikal anak tiri perempuan - Utusan Malaysia

Lelaki dituduh amang seksual fizikal anak tiri perempuan

KOMPLEKS Mahkamah Kuala Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tiga tuduhan amang seksual fizikal terhadap anak tiri perempuannya sejak 2019.

Tertuduh, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli, hari ini.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri perempuannya yang ketika kejadian berusia 11 tahun dua bulan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan oleh tertuduh di sebuah rumah di daerah ini pada Oktober 2019 kira-kira pukul 8.30 malam.

Tertuduh turut didakwa mengulangi perbuatan keji itu ke atas mangsa yang sama pada Jun 2022 dan 8 Januari lalu di lokasi sama pada pukul 5 petang.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14(a) dan 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Mahkamah kemudian menetapkan pada 18 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula dan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Riffin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya