Zayn Rayyan: Polis terus cari bukti di Apartment Idaman

Zayn Rayyan: Polis terus cari bukti di Apartment Idaman

Anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus mencari bukti di lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan Abdul Mattin kira-kira 200 meter dari kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Operasi mencari bukti baharu berkaitan kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, giat dilakukan polis meskipun telah memasuki hari ke-10 semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mingguan Malaysia difahamkan, seorang pegawai polis turut dilihat mengambil maklumat daripaa penduduk sebelum memasuki Blok R Apartment Idaman dipercayai bagi meneruskan siasatan dan mencari bukti baharu.

Dalam masa yang sama, polis dari Bukit Aman juga tiba sekitar pukul 12.15 tengah hari dan menjalankan siasatan di sekitar lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan.

ZAYN RAYYAN

Kelmarin, dua saksi kanak-kanak melakukan lakonan semula di kawasan blok R berkenaan.

Lakonan semula itu dijalankan berdasar keterangan dua saksi kanak-kanak yang juga rakan kepada mangsa masing-masing berusia enam dan sembilan tahun.

Ia dilaksanakan bagi mengesan sekiranya ada bukti-bukti baharu yang bermula dari anak tangga Blok R hingga menuju ke anak sungai lokasi mangsa ditemukan

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, setakat ini pihaknya sudah mengambil 86 keterangan dan akan ada lagi keterangan yang diambil sekiranya perlu.

Sementara itu katanya, stoking yang ditemukan polis dalam takungan air di kawasan anak sungai berhampiran lokasi mayat ditemukan bukan milik mangsa.

Hussein berkata, analisis telah dijalankan di makmal dan keputusannya negatif serta bukan milik Zayn Rayyan.

Menurut beliau, setakat ini tiada perkembangan baharu namun polis masih meneruskan siasatan untuk menyelesaikan kes tersebut.

“Kita sudah merakam ke­terangan seramai 172 orang termasuk ibu bapa, saksi, jiran dan penduduk di apartment terbabit,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mingguan Malaysia sebelum ini melaporkan polis menemui sehelai stoking dalam takungan air di kawasan anak sungai berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan ditemukan.

Stoking berkenaan diperoleh selepas pihak polis mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor bagi membantu menyedut keluar takungan air di lokasi tersebut.

Zayn Rayyan yang dilapor hilang pada 5 Disember lalu ditemui meninggal dunia pada 6 Disember dengan mayatnya ditemui di kawasan saliran air berhampiran rumahnya di Apartmen Idaman. – MINGGUAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN