PETALING JAYA: Operasi mencari bukti baharu berkaitan kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, giat dilakukan polis meskipun telah memasuki hari ke-10 semalam. Mingguan Malaysia difahamkan, seorang pegawai polis turut dilihat mengambil maklumat daripaa penduduk sebelum memasuki Blok R Apartment Idaman dipercayai bagi meneruskan siasatan dan mencari bukti baharu. Dalam masa yang sama, polis dari Bukit Aman juga tiba sekitar pukul 12.15 tengah hari dan menjalankan siasatan di sekitar…









