Warga emas maut dalam kejadian kemalangan kendiri 

Warga emas maut dalam kejadian kemalangan kereta jatuh cerun

ANGGOTA bomba berjaya membawa naik mangsa daripada cerun, namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramediks di lokasi kejadian malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI: Seorang maut sementara seorang lagi cedera ringan dalam satu kejadian kemalangan jalan raya di Ladang Chart Quest kira-kira 50 kilometer dari Batu Niah, di sini petang semalam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, Rary Binjie berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3:30 petang itu melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Saga yang dinaiki dua beradik yang terbabas dan terjatuh ke dalam cerun lebih kurang 6.096 meter. 

“Berdasarkan maklumat saksi kejadian, mangsa yang merupakan pemandu tercampak keluar dalam jarak tiga meter dari kereta dan ditemukan dalam keadaan meniarap manakala adiknya berjaya keluar sendiri. 

“Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan dengan mengguna tali untuk menarik pengusung sehingga mangsa dapat dibawa naik ke jalan besar,” katanya.

Bagaimanapun, ujarnya, pasukan paramedik mengesahkan mangsa yang merupakan pemandu meninggal dunia di tempat kejadian. 

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada pukul 8.12 malam. 

“Seramai lapan anggota bomba dari BBP Batu Niah terlibat dalam operasi yang turut dibantu sembilan anggota polis dan dua petugas Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya lagi. 

Identiti mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Machan Suut, 51 tahun. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya