Warga emas cemas temukan ular tedung selar dalam bilik - Utusan Malaysia

Warga emas cemas temukan ular tedung selar dalam bilik

ANGGOTA APM menunjukkan ular tedung selar sepanjang empat meter yang ditangkap di Kampung Sungai Ular, Hulu Terengganu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang warga emas di Kampung Sungai Ular dekat sini berdepan detik cemas dan terperanjat apabila melihat seekor ular tedung selar dalam sebuah bilik di dalam rumahnya, semalam.

Abdul Halim Muda, 67, berkata, pada awalnya dia hanya menyangkakan hanya bayangan atau mainan perasaan sahaja setelah terlihat kelibat seolah-olah seekor ular tedung selar sedang mengembangkan kepala.

Menurutnya, ekoran rasa tidak sedap hati dia kemudiannya meminta seorang anaknya memeriksa bilik tidur berkenaan namun tidak menemui reptilia dilihatnya sebelum itu.

“Bagaimanapun, apabila pemeriksaan dilakukan dalam sebuah lagi bilik tidur berjaya menemui ular tedung selar sedang bersembunyi di dalam bilik tersebut kira-kira pukul 6.50 petang.

“Kejadian ular masuk ke dalam rumah ini merupakan kali keempat tetapi sebelum ini bukan spesies tedung selar,” karanya ketika ditemui hari ini.

Katanya, dia yang bimbang keselamatan lapan lagi ahli keluarga kemudian menghubungi pasukan penyelamat untuk meminta bantuan menangkap ular tersebut.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Hulu Terengganu, Kapten (PA) Mohd Zabri Abd Razak berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 7.10 petang.

Katanya, lima anggota bergegas ke rumah berkenaan dan mengambil masa kira-kira 10 minit bagi menangkap ular tedung sepanjang empat meter yang berada di dalam salah sebuah bilik tidur.

Ujarnya lagi, reptilia berbisa seberat kira-kira 20 kilogram itu disimpan sementara di pejabat APM Daerah Hulu Terengganu dan akan dilepaskan semula ke habitat asalnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya