Wanita jadi keldai akaun sindiket mata wang kripto ditahan - Utusan Malaysia

Wanita jadi keldai akaun sindiket mata wang kripto ditahan

SUSPEK wanita yang ditahan polis Barat Daya, Pulau Pinang kerana disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan urusan pelaburan mata wang kripto yang tidak wujud.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Seorang wanita ditahan polis kerana disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan urusan pelaburan mata wang kripto yang tidak wujud sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM459,972.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, suspek wanita berusia 36 tahun itu ditahan di Sungai Petani, Kedah semalam bagi membantu siasatan.

”Mangsa telah membuat beberapa transaksi secara berperingkat ke dalam 10 akaun bank yang berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM459,972,” katanya di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Kamarul Rizal berkata, seorang lelaki berusia 59 tahun ditahan kerana menjadi keldai akaun sindiket penipuan peluang perkerjaan sambilan melalui online yang tidak wujud.

”Mangsa telah membuat beberapa transaksi ke lima penama akaun bank yang berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM28,800 untuk mendapatkan komisen.

”Hasil daripada maklumat yang diterima lelaki tersebut ditahan di Kangar, Perlis bersangkut laporan polis di Bayan Lepas,” katanya.

Kamarul Rizal berkata, kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, polis menasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat sindiket penipuan jual beli di laman sosial atau pinjaman tidak wujud, Love Scam dan sebagainya melalui media sosial. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya