Wanita ditikam: Motif kejadian dipercayai cemburu - Polis - Utusan Malaysia

Wanita ditikam: Motif kejadian dipercayai cemburu – Polis

Wanita ditikam
S. SASIKALA DEVI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis mengesahkan wanita yang maut ditikam berkali-kali sehingga terkena jantungnya oleh seorang lelaki dalam kejadian pada tengah hari Isnin lalu didapati berpunca daripada sikap cemburu.

Suspek berusia 44 tahun dan mangsa 26 tahun yang masing-masing disahkan sebagai warga tempatan juga merupakan pasangan kekasih dan pergi makan tengah hari bersama-sama dekat sebuah restoran di Jalan Bayu 5, Taman Chi Liung, Klang sebelum tragedi tikaman tersebut berlaku.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, berlaku pergelutan dan tikaman oleh suspek yang belum berkahwin itu ketika berada di tempat letak kereta suspek dekat Jalan Bayu Tinggi 6.

“Motif setakat ini menunjukkan bahawa ia berkaitan dengan kes cemburu. Suspek dan mangsa adalah pasangan kekasih. Perhubungan di antara mereka yang disebabkan oleh cemburu dan membawa kepada kejadian pembunuhan tersebut.

“Kejadian berlaku dalam masa yang singkat, mereka selepas makan tengah hari hendak ke tempat parkir dan berlaku tikaman tersebut. Berlaku pergelutan semasa hendak masuk ke dalam kereta milik suspek,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau bagaimana pun memaklumkan polis masih menyiasat untuk mengetahui punca timbul insiden cemburu dan tempoh kedua-duanya menjalinkan hubungan serta butiran pekerjaan mereka.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan, seorang wanita menemui ajal selepas ajalnya apabila ditikam berkali-kali pada bahagian hadapan dan belakang badan sehingga menembusi jantungnya.

Wanita malang warga tempatan berusia 26 tahun itu dipercayai ditikam oleh seorang lelaki menggunakan sebilah pisau sebelum dibawa masuk ke tempat duduk hadapan sebuah kereta jenis Chevrolet berwarna perak.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, polis menerima maklumat daripada seorang wanita tempatan lain yang membuat panggilan berhubung kejadian tersebut.

Lelaki tersebut kemudian dibenarkan ditahan reman oleh Mahkamah Majistret Klang selama tujuh hari sehingga 25 Disember ini dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung atau penjara sehingga 40 tahun dan 12 kali sebatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menyalurkannya terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya