PETALING JAYA: Pemimpin UMNO menemplak bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua susulan kenyataannya berkaitan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR). Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Tony gagal menilai HSR daripada aspek limpahan. Kata beliau, HSR merupakan ‘game changer’ (perubahan) yang akan membangunkan kawasan sekitar stesennya dan membawa manfaat ekonomi. “Tony Pua berpendapat lebih jimat sediakan penerbangan percuma berbanding Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR)…










