SERDANG: Empat sekeluarga bertekad tinggal di kediamannya di Jalan Wawasan 3/9, Taman Wawasan, di sini meskipun bekalan air dan elektrik terputus akibat kejadian tanah runtuh, Sabtu lalu. Low Mee Yeng, 69, berkata, hanya mereka sekeluarga yang masih menetap di lokasi terjejas kerana masalah kewangan untuk berpindah ke tempat lain. “Jiran-jiran saya semuanya sudah berpindah ke rumah keluarga terdekat selepas kejadian itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Mee Yeng yang tinggal bersama suami dan dua anaknya turut meluahkan kebimbangan sekiranya berlaku tanah runtuh pada bila-bila masa di kawasan kediamannya. “Saya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya