Tiada saman diskaun JPJ di program Setahun Bersama Malaysia

Tiada saman diskaun JPJ di program Setahun Bersama Malaysia Madani

ORANG ramai menunggu giliran untuk mendapatkan diskaun pembayaran saman sebanyak 50 peratus sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) di sini, hari ini. -UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada diskaun saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersempena program Setahun Bersama Malaysia Madani.

Sekretariat Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa tiada diskaun ditawarkan bagi saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepanjang program berlangsung hingga Ahad ini.

Namun, antara Perkhidmatan JPJ yang ditawarkan ialah pembaharuan lesen memandu Malaysia (CDL & PDL), pembaharuan lesen memandu vokasional (PSV & L), pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM) persendirian/ perdagangan, pengambilan dokumen CDL & LKM (diperbaharui secara dalam talian melalui portal mySIKAP JPJ) dan pembayaran saman (kecuali kes senarai hitam).

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun saman sehingga 50 peratus kecuali saman kemalangan, kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau dibicara dan kesalahan yang tidak boleh dikompaun seperti tiada lesen memandu, pandu tidak cermat, lesen tamat tempoh dan tiada insurans.

Pembayaran saman hanya boleh dilaksanakan dari 8 hingga 10 Disember 2023 di tapak program dengan perincian syarat diskaun boleh diperolehi di laman media sosial rasmi PDRM.

Orang ramai yang ingin membuat bayaran saman dinasihatkan untuk membuat semakan awal melalui portal dan aplikasi MyBayar PDRM bagi tujuan melancarkan proses pembayaran saman.-UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.