Tiada penderaan fizikal terhadap Zayn Rayyan

Tiada penderaan fizikal terhadap Zayn Rayyan

ZAYN RAYYAN ABDUL MATIIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan tiada unsur penderaan ditemukan pada badan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mayatnya ditinggalkan di anak sungai berdekatan Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini pada Rabu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, hasil bedah siasat sebelum ini mendapati kecederaan yang dialami Zayn Rayyan bukan luka akibat penderaan.

Beliau berkata, ada pihak sebelum ini bertanyakan soal sama ada mangsa ini menjadi mangsa penderaan atau sebaliknya.

“Hasil bedah siasat sebelum ini mendapati tiada sebarang kecederaan yang menunjukkan mangsa ini didera.

“Saya melihat keluarga ini menjaga anak mereka dengan baik dan saya pasti sesiapa sahaja yang mengalami perkara sebegini akan sedih,” katanya dalam sidang akhbar di sini malam ini.

Katanya, orang ramai diminta agar tidak sewenangnya mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat.

“Ambil kira perasaan keluarga, dan perkara paling utama adalah hentikanlah salahkan keluarga dalam perkara ini.

“Apa pun biar polis jalankan siasatan, saya beri jaminan polis akan lakukan yang terbaik sehingga suspek terlibat akan segera dibawa ke muka pengadilan,” katanya. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.