Tiada alasan, tutup aurat perintah Tuhan - Utusan Malaysia

Tiada alasan, tutup aurat perintah Tuhan

Fauwaz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Ustaz, ada yang berpandangan, perempuan yang menutup aurat pun ramai yang melakukan maksiat. Lebih baik tidak payah menutup aurat. Apa pendapat ustaz?
Anis
Johor.

Jawapan
Menutup aurat adalah satu kewajipan agama. Sekiranya seseorang itu menutup aurat tetapi belum meninggalkan maksiatnya maka dia telah melakukan satu maksiat namun dia boleh mendapat pujian dan pahala kerana tetap memakai tudung iaitu melaksanakan perintah Tuhan. Tidaklah perlu mempertikaikan perkara sebegini kerana mahu menghalalkan cara tidak mahu memakai tudung.

Lelaki Muslim kahwin Yahudi

Soalan
Haruskah seorang lelaki Muslim kahwin dengan perempuan Kristian atau Yahudi? Ada pendapat setengah pihak orang Islam boleh mengikut Surah Al- Ma’idah 5.5. Sila jelaskan Ustaz.
Penuntut ilmu
Gombak

Jawapan
Isu menjadi khilaf dalam kalangan ulama semasa iaitu adakah seorang lelaki Muslim boleh berkahwin dengan wanita ahli kitab di zaman sekarang ini.Terdapat ulama yang mengharuskan dan terdapat ulama yang melarang. Namun, secara pasti di Malaysia ia tidak difatwakan harus perbuatan tersebut.

Berzikir dalam hati di tandas

Soalan
Ustaz, bolehkah kita berzikir di dalam hati ketika di bilik air?

Nur Khatijah
Klang

Jawapan
Tidak ada larangan berzikir di dalam hati ketika berada di dalam bilik air kerana larangan pada lafaz zikir namun di dalam hati ia tidak termasuk di dalam lafaz.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya