Tengkorak ditemukan di perumahan Jalan Bukit Assek

Tengkorak ditemukan di perumahan Jalan Bukit Assek masih dalam siasatan

ANGGOTA polis menjalankan plokasi penemuan tengkorak di Jalan Bukit Assek, Sibu pada pagi semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIBU: Penemuan tengkorak menyerupai manusia di dalam parit oleh pekerja pihak berkuasa tempatan (PBT) di Jalan Bukit Assek di sini semalam masih dalam siasatan.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata penemuan itu ditemukan oleh pekerja PBT yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan parit di kawasan perumahan berkenaan.

“Sekitar jam 10 pagi semalam, pihak polis dari Balai Polis Sentral Sibu bergegas ke lokasi berkenaan selepas menerima maklumat berhubung penemuan tersebut.

“Setakat ini, kita belum mempunyai sebarang petunjuk berhubung tengkorak yang ditemui di dalam parit tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Zulkipli, pihak PBT telah menjalankan kerja-kerja pembersihan parit di kawasan berkenaan selepas menerima aduan awam mengenai parit sumbat.

“Tengkorak tersebut telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sibu untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya menyeru agar orang ramai yang mempunyai kehilangan ahli keluarga atau maklumat berhubung kejadian untuk menghubungi Ketua Polis Balai Sentral Sibu, ASP Binsin Lunjong di talian 0178025675 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN