Suee Lim maklum CEC DAP sebelum terima ‘Datuk’ - Utusan Malaysia

Suee Lim maklum CEC DAP sebelum terima ‘Datuk’

Datuk Suee Lim
SULTAN Sharafuddin Idris Shah menganugerahkan darjah kebesaran kepada Ng Suee Lim dalam Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat Negeri Selangor dekat Balairung Seri, Istana Alam Shah di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Exco Kerajaan Tempatan Dan Pelancongan, Datuk Ng Suee Lim menjelaskan beliau sudah memaklumkan kepada kepemimpinan DAP sebelum menerima darjah kebesaran daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut perkara tersebut, namun memaklumkan perkara itu diserahkan kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan parti dan enggan mengulas soal mendapat kebenaran atau restu.

“Sebelum ini ada isunya, tetapi mengenangkan sekarang kita sudah masuk abad globalisasi, semua keadaannya, perkembangan kondusif dan jadi (bentuk) kerajaan, banyak benda perlu diteliti. Dalam konteks ini, saya sudah maklumkan kepada pucuk pimpinan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat Negeri Selangor, hari ini.

Terdahulu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran-Darjah Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran ‘Datuk’ kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Itu.

Suee Lim merupakan antara 97 yang menerima darjah dan bintang kebesaran serta pingat negeri yang didahului oleh penerima darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) iaitu Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP baru-baru ini mengeluarkan teguran keras kepada dua wakil rakyat DAP dari Sabah iaitu Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Chan Foong Hin dan ADUN Luyang, Datuk Phoong Jin Zhe.

Teguran tersebut diberikan kedua-dua pemimpin itu kerana menerima anugerah gelaran Datuk dan memutuskan tindakan mereka melanggar dasar parti.

Bagaimanapun, mereka dalam satu kenyataan bersama berkata, kerumitan dan tekanan itu tidak sepatutnya menjadi alasan menggugat prinsip dan dasar parti.

Suee Lim merupakan ahli politik daripada DAP yang berkhidmat sebagai ADUN Sekinchan sejak 2004 dan pernah dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Jun 2018 hingga 2023.

Beliau kemudian dilantik sebagai Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dengan memegang portfolio kerajaan tempatan dan pelancongan selepas gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada Ogos lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya