Setahun Bersama Kerajaan Madani: 37,242 saman trafik selesai 

Setahun Bersama Kerajaan Madani: 37,242 saman trafik selesai dibayar

PENGUNJUNG tidak melepaskan peluang memeriksa dan membayar saman di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sempena program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur,  hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 12,300 pesalah trafik membayar 37,242 saman dalam tempoh dua hari sempena penganjuran program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sejak Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata, saman itu dijelaskan di 14 buah kaunter termasuk baucer yang dibayar melalui portal dan aplikasi MyBayar Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Dengan rekod penyelesaian saman sebanyak 87.4 peratus (tidak termasuk penyelesaian saman di kaunter), sebanyak 12,300 pesalah trafik telah menjelaskan 37,242 saman dalam tempoh dua hari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Mohd Azman berkata, pihaknya telah mengatur seramai 39 petugas dan turut menyediakan kaunter khas bagi warga emas serta kelainan upaya (OKU). 

“Waktu pengoperasian kaunter bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang dan dilanjutkan sehingga pukul 9 malam bagi memberi ruang kepada masyarakat untuk berurusan,” katanya.

Beliau berkata, kempen pengurangan kompaun saman sehingga 50 peratus itu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di samping PDRM berpeluang menyantuni masyarakat dalam menyalurkan maklumat dengan lebih jelas.

“Orang ramai dinasihatkan  tidak hanya menunggu ketika tawaran diskaun diumumkan bagi menjelaskan saman tertunggak. Mereka disaran patuh kepada peraturan serta undang-undang lalu lintas.

“Tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya terjamin,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya