Seorang maut, lima cedera kereta masuk parit

Seorang maut, lima cedera kereta masuk parit

KEADAAN kereta mangsa yang terlibat dalam kemalangan di di Jalan Parit 8, Kampung Sungai Leman,Sekinchan, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Seorang lelaki maut manakala lima lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka memasuki parit di Jalan Parit 8, Kampung Sungai Leman, Sekinchan di sini, hari ini.

Kemalangan kira-kira pukul 6.20 pagi itu melibatkan kereta Proton Wira yang turut dinaiki dua kanak-kanak perempuan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 6.24 pagi.

Jelas beliau, sepasukan enam anggota termasuk pegawai dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan dikerah dalam operasi menyelamat berkenaan.

“Setibanya di lokasi, Proton Wira itu didapati berada di dalam parit yang berkedalaman satu meter.

“Pemeriksaan mendapati enam mangsa di dalam kereta itu iaitu dua lelaki dan empat wanita,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Ahmad Mukhlis, dua lelaki berusia 50-an masing-masing berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan bomba.

“Seorang daripada mereka bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan pada pukul 6.48 pagi.

“Dua lagi wanita berusia 20 hingga 50-an dan dua kanak-kanak pula mengalami kecederaan ringan,” ujarnya.

Tambah beliau, kesemua mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan orang awam dan bomba.

Difahamkan, kemalangan itu turut melibatkan sebuah kereta Honda Civic, namun, pemandunya tiada di lokasi kejadian. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN