Sentuhan kreatif Lat pada buku Belanjawan Perak 2024 - Utusan Malaysia

Sentuhan kreatif Lat pada buku Belanjawan Perak 2024

SAARANI Mohamad (kiri) menunjukkan buku Belanjawan Perak 2024 yang mendapat sentuhan kreatif Seniman Diraja, Datuk Mohamad Nor Khalid atau Lat. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Reka bentuk buku Belanjawan Perak 2024 mendapat sentuhan kreatif Seniman Diraja, Datuk Mohamad Nor Khalid atau Lat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, inisiatif tersebut adalah bagi menghargai kreativiti kartunis tersohor itu yang juga merupakan anak jati negeri Perak dalam berkarya.

“Inisiatif ini juga bagi menghargai jasa dan bakti beliau dalam berkarya sehingga menerima pelbagai anugerah serta pengiktirafan dari dalam mahu pun luar negara.

“Usaha ini diharap dapat mengangkat martabat industri seni kreatif di negeri Perak terutamanya melalui pengiktirafan ke atas bakat dan sumbangan anak tempatan,” katanya ketika berucap dalam Pembentangan Belanjawan 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya