Semua Tun perlu disiasat, jika gagal jelaskan harta - Dr. Mahathir 

Semua Tun perlu disiasat, jika gagal jelaskan harta – Dr. Mahathir 

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad memang terkenal dengan kata-kata sinis dan sindirannya yang tajam dan pedas.

Ini termasuk kenyataan terbaru beliau yang menggesa kerajaan menahan reman semua yang bergelar Tun termasuk dirinya jika individu terbabit gagal menjelaskan sumber pendapatannya.

“Saya bersetuju sepenuhnya bahawa Tun perlu disiasat. Jika mereka tidak dapat menjelaskan di mana atau bagaimana mereka mendapat wang itu, harta mereka harus disita.

“Tidak perlu mendapatkan bukti tentang salah laku mereka. Syak wasangka sahaja sudah memadai. Tun bukan sahaja perlu disiasat. Mereka juga perlu direman sehingga mereka mendedahkan sumber wang mereka. Jika tidak, itu pasti kerana mereka sembunyikan,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu sebagai mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) melancarkan siasatan terhadap bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang juga sekutu rapat Dr. Mahathir berhubung dakwaan pengubahan wang haram dan rasuah.

Dr. Mahathir berkata, jika wang itu benar-benar berpunca daripada rasuah, ia mesti dibanteras dengan apa cara sekalipun, namun menganggap jika Peguam Negara (AG) berpendapat tuduhan itu berpunca daripada politik, beliau berhak tidak meneruskan pendakwaan.

“Pasport hendaklah dikembalikan. Ini adalah hak AG. Mahkamah tidak boleh mempersoalkan keputusan AG.

“Malaysia benar-benar mematuhi kedaulatan undang-undang. Malah pesalah pertama mesti menerima kuasa penuh kedaulatan undang-undang. Jika hukuman sebat adalah wajib maka pesalah hendaklah disebat. Di Malaysia undang-undang adalah tertinggi. Kita semua mesti mematuhinya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya