KUBANG PASU: Hujung minggu pada musim cuti persekolahan yang bersambung dengan cuti umum Hari Krismas pada Isnin ini dijangka ‘memeriahkan’ lagi pintu sempadan antarabangsa Malaysia-Thailand, di sini. Tinjauan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam mendapati, kenderaan berbaris panjang di kaunter pemeriksaan dan situasi sama dapat dilihat di laluan pengembara yang berjalan kaki atau menaiki bas. Imigresen Kedah menjangkakan lebih ramai pengembara melalui ICQS Bukit Kayu…