‘Selamat ulang tahun kelahiran nona tercinta Dr. Wan Azizah’

‘Selamat ulang tahun kelahiran nona tercinta Dr. Wan Azizah’

ULANG TAHUN hari lahir ke-71 Dr. Wan Azizah Wan Ismail disambut oleh Anwar Ibrahim. - FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ulang tahun ke-71 kelahiran isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dengan titipan perjuangan mereka masih panjang untuk membela rakyat.

Ucapan hari lahir diungkapkan oleh Perdana Menteri dalam media sosialnya hari ini.

“Selamat ulang tahun kelahiran buat nona tercinta Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

“Semoga cinta ini terus kekal dan terus menjadi tiang seri kepada anak-anak dan cucu,” katanya.

Katanya, perjuangan masih panjang tatkala kita sedang berusaha sebaik mungkin menterjemah fikrah madani dengan memantapkan ekonomi dan memperkasa rakyat.

“Semangat dan daya juangmu mesti terus membakar demi anak bangsa,” katanya.

Wan Azizah adalah isteri Perdana Menteri pertama yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri, jawatan tertinggi yang pernah dipegang oleh wanita di negara ini.

Beliau juga merupakan satu-satunya wanita yang pernah menjadi Ketua Pembangkang malah berkhidmat sebagai presiden parti iaitu PKR selama 19 tahun. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya