Remaja dituduh liwat sepupu lelaki - Utusan Malaysia

Remaja dituduh liwat sepupu lelaki

REMAJA yang dituduh meliwat sepupu lelaki dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kemaman, hari ini, atas pertuduhan meliwat sepupu lelakinya yang berusia enam tahun, di daerah ini.

Tertuduh yang berusia 13 tahun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan kanak-kanak itu di sebuah rumah di daerah ini kira-kira pukul 12.23 tengah hari pada 25 November lalu.

Tertuduh yang juga merupakan pesalah juvana didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Sharifah Amirda Shasha membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mendekati dan menggangu mangsa.

Mahkamah menetapkan pada 3 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu, ibu kanak-kanak itu yang juga ibu saudara mangsa membuat laporan polis pada 26 November lalu selepas mendapati anaknya diliwat.

Difahamkan, tertuduh tinggal bersama keluarga itu di kediaman neneknya selepas ibu dan bapanya bercerai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya