Rangka manusia, motosikal ditemukan dalam semak

Rangka manusia, motosikal ditemukan dalam semak

LOKASI penemuan rangka manusia dan motosikal yang dipercayai terbabas ke dalam kawasan semak di Bukit Aping, Bandar Baharu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR BAHARU: Misteri kehilangan seorang pemandu kren yang dilaporkan hilang sejak 30 November lalu akhirnya terjawab apabila sebuah motosikal dan rangka manusia dijumpai dalam semak di tepi jalan di Bukit Aping, di sini hari ini.

Motosikal jenis Yamaha Y15 serta rangka terbabit ditemukan oleh beberapa pekerja kontraktor pembersihan yang melakukan kerja di kawasan berkenaan pada pukul 8.45 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintenden Azmi Mokhtar berkata, pekerja terbabit pada mulanya menemukan motosikal itu ketika melakukan kerja-kerja pembersihan semak mengunakan jengkaut.

“Pekerja itu pergi ke arah motosikal berkenaan sebelum menemukan rangka manusia kira-kira 20 meter daripada motosikal terbabit, lalu dia segera menghubungi polis.

“Pemeriksaan lanjut mendapati nombor pendaftaran motosikal itu sama seperti motosikal yang dinaiki oleh individu yang dilaporkan hilang oleh keluarganya pada hujung bulan lalu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azmi berkata, pemeriksaan di tempat kejadian mendapati mangsa dipercayai terbabas berdasarkan kesan tayar motosikal pada tebing tanah yang menuju ke arah semak terbabit dari arah Serdang ke Bandar Baharu.

“Pasukan forensik melakukan pemeriksaan lanjut dan ahli keluarga mangsa turut mengesahkan pakaian yang ditemui pada rangka manusia itu milik ahli keluarga mereka yang hilang sejak 14 hari lalu.

“Namun polis perlu menjalankan ujian Asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengesahkan identiti mangsa yang sebenar dan rangka manusia itu di hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat,” katanya.

Penghujung bulan lalu, seorang lelaki dikenali sebagai J. Mizan dari Alor Pongsu, Perak yang menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 dilaporkan hilang selepas keluar ke tempat kerja di Kulim dan tidak pulang ke rumah beberapa hari. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN