Punca Zayn dibunuh tidak mungkin sebab dendam 

Punca Zayn dibunuh tidak mungkin sebab dendam 

DATUK Zayn Rayyan, Zahari Mohd. Reba ketika ditemui pemberita di Apartment Idaman, Damansara Damai hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, percaya kematian cucu sulungnya itu bukan disebabkan dendam.

Zahari Mohd. Reba, 55, berkata, anak lelakinya, Zaim Ikhwan dan menantunya, Ismanira Abdul Manaf baru menetap di Apartment Idaman di sini, kira-kira tiga tahun lalu.

“Rutin harian mereka pergi kerja balik kerja, hanya jiran depan rumah yang kenal dia yang lain saya tidak tahu. Apa kaitan mereka nak berdendam dengan sesiapa,” katanya ketika temui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Terdahulu, Zahari bersama isteri dan ibu bapa Zayn Rayyan ke kediaman pasangan itu di Blok R, Apartment Idaman di sini.

Bercerita lanjut, katanya, Zayn Rayyan tidak pernah dibiarkan bersendirian sebaliknya akan sentiasa ditemani oleh ibunya.

“Memang mereka selalu bersama, mak dia (Zayn Rayyan) hantar dan ambilnya dari sekolah.

“Dia juga suka bermain di taman permainan bersebelahan dengan blok kediaman keluarganya,” ujarnya.

Zahari turut menafikan cucunya itu didera seperti didakwa sesetengah pihak kerana Zayn Rayyan sangat akrab dengan keluarga.

Dalam pada itu, Zahari berkata, kali terakhir bertemu kanak-kanak autisme itu pada Sabtu lalu di rumahnya di Subang Bestari dekat sini.

Disifatkan sebagai seorang yang pendiam dan sering berkelakukan baik, Zahari berkata, cucunya mula menunjukkan perubahan sikap sejak tiga bulan lalu.

“Perubahan sikap, ayah dia cakap dah tiga bulan dah. Zayn kalau orang sakitkan dia, dia lagi agresif. Saya pun pernah kena gigit masa peluk dia walaupun niat sekadar mahu bergurau dengan dia,” katanya.

Beliau turut meminta kepada orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak benar mengenai kejadian ini kerana perbuatan itu boleh mengguris emosi mereka sekeluarga. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.