Polis masih buru wanita hilang 10 hari

Polis masih buru wanita hilang bersama teman lelaki 10 hari lalu

MILA Sharmila Samsusah yang dilaporkan hilang sejak 14 Disember lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT : Polis Daerah Batu Pahat memohon bantuan orang ramai untuk membantu mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak 14 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, wanita yang dikenali sebagai Mila Sharmila Samsusah, 34, dilaporkan hilang selepas keluar kira-kira pukul 8 malam pada hari kejadian.

Katanya, wanita yang beralamat di No. 70 Jalan Kelapa Bali, Taman Soga, Batu Pahat ini dikatakan keluar bersama teman lelakinya ke kedai dobi layan diri di taman perumahan itu.

“Ciri-ciri wanita itu adalah berketinggian kira-kira 160cm, berambut panjang (warna cokelat), kulit sawo matang dan bertubuh sederhana.

“Ketika keluar wanita berkenaan dilaporkan berpakaian baju T serta seluar jeans warna hitam dan menggunakan kasut,”katanya hari ini.

Menurut Ismail, wanita berkenaan masih belum berjaya dikesan dan tidak pulang ke rumah dari mula dilaporkan hilang hingga sekarang.

Ujarnya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi wanita ini diharapkan dapat menghubungi Balai Polis berdekatan atau  Asisten Superintenden Maimunah Sujak, di talian talian hotline IPD Batu Pahat 07-4343999. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya