PETALING JAYA: Seorang lelaki dilaporkan hilang di Apartment Harmoni, Jalan PJU 10/4C, Damansara Damai, di sini sejak seminggu lalu.
Muhammad Saharuddin Mat, 29, dilaporkan hilang selepas kali terakhir di rumah di kawasan berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, lelaki berkenaan berkulit sawo matang dan kali terakhir dilihat di rumahnya pada pukul 11.30 pagi pada 12 Disember lalu.
“Fizikalnya kurus, tinggi, berambut pendek berwarna hitam dan memakai seluar panjang hitam serta baju-T biru semasa keluar dari rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
“Orang ramai juga boleh berhubung terus dengan bilik gerakan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 037966222,” katanya. – UTUSAN










