Poligami bukan perkara dilarang, tapi Beego tidak pernah

Poligami bukan perkara dilarang, tapi Beego tidak pernah menduakan saya

JODOH inda bersama suami, Beego, masih kuat walau pernah bercerai pada Mac lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelakon, Linda Hashim, bersyukur kerana dia dan suami, Beego, tidak pernah berhadapan dengan dugaan orang ketiga dalam rumah tangga.

Linda atau Norhazlinda Hashim, 39, mengakui ujian berpoligami sangat berat apatah lagi ia bukanlah perkara yang dilarang di sisi agama.

“Beego tak pernah buat saya macam itu (curang). Dia tak pernah menduakan saya. Kami ada masalah lain yang tidak boleh dikongsikan sebab ia sangat berat.

“Tapi kalau poligami terjadi kepada saya, saya tak boleh buat apa sebab itu bukanlah perkara yang dilarang dalam Islam.

“Untuk apa saya berperang kalau suami mampu? Bukan tempat saya untuk berperang. Kalau benda lain mungkin saya boleh berperang,” katanya.

Linda ditemui Utusan Malaysia di majlis Santai Selebriti Bersama Mufti Selangor di kediaman pelakon Diana Rafar dan Zamarul Hisham, baru-baru ini.

Walaupun rumah tangga mereka pernah goyah apabila masing-masing mengesahkan bercerai talak satu pada 27 Mac lalu, namun Linda menyifatkan jodoh dia dan suami kuat apabila mengambil keputusan rujuk semula semasa dalam tempoh edah 9 April lalu.

“Waktu kami mahu berpisah itu pun tiada siapa yang tahu, sebab memang saya tidak bercerita. Orang hanya tahu perkara itu terjadi selepas kami rujuk semula.

“Saya rasa waktu kami berhadapan dengan penceraian, perkara itu tengah panas sebab ramai artis yang berhadapan dengan masalah yang sama.

“Bila saya tengok Sarah dan Diana, saya cakap saya tak kuat kalau dikerumuni soalan-soalan. Jadi lebih baik saya mendiamkan diri. Saya boleh kongsi benda yang baik-baik saja, maksudnya bila kami sudah kembali bersama.

“Kekuatan saya adalah anak-anak, mungkin jodoh kami juga kuat. Orang kata muka sama jodoh panjang, tak tahulah, harap-harap berkekalan dan semuanya okay,” katanya.

Lumrah perkahwinan ada pasang dan surut, Linda mendoakan agar semua orang yang sedang berhadapan dengan kemelut rumah tangga dapat memilih jalan penyelesaian yang terbaik untuk masa depan masing-masing.

“Saya mendoakan mereka yang tengah dalam masalah ini dapat mencari penyelesaian yang baik apalagi jika anak-anak mereka masih kecil. Semoga cerita saya dan Beego dapat menjadi contoh kepada mereka yang sedang menghadapi masalah besar dalam keluarga.

“Saya gembira tengok Diana dan Farid telah kembali bersama. Kalau kita boleh buang ego dan duduk berbincang demi anak-anak, insya-Allah perkahwinan masih boleh diselamatkan jika ada jodoh,” tambahnya.

Terdahulu, Linda dan Beego selamat disatukan sebagai suami isteri pada 7 Jun 2013. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8, dan Indah Camelia, 4. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN