Perdana Menteri adakan lawatan kerja sehari ke Sabah, Labuan

Perdana Menteri adakan lawatan kerja sehari ke Sabah, Labuan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja sehari di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan esok.

Lawatan kerja itu adalah kunjungan kali kelima Anwar ke Sabah selepas memegang tampuk pemerintahan negara.

Perdana Menteri dijadual menyempurnakan majlis pecah tanah projek pembinaan Empangan Hidroelektrik di Ulu Padas dan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) Peringkat Kebangsaan 2023.

Projek empangan hidro bernilai RM4 bilion yang akan dibangunkan di Kampung Kungkular, Kemabong, Tenom.

Selepas majlis pecah tanah itu, Anwar dijadual untuk merasmikan Karnival HPPK pada pukul 1 petang di Pekan Donggongon, Penampang.

Dalam karnival berkenaan, Anwar akan menyempurnakan peluncuran Pelan Pembangunan Penampang, menyampaikan watikah pelantikan Majlis Perundingan Penjaja dan Peniaga Kecil serta menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Penjaja dan Peniaga Kecil 2023.

Selepas itu, beliau dijadualkan meneruskan lawatan kerja ke Labuan pada pukul 4 petang bagi menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pasar Terbuka Madani (Fasa 1) dan melawat projek menaik taraf jambatan dan Dewan Komuniti Kampung Patau-Patau.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN