Penjual buah berdepan tali gantung bunuh kekasih

Penjual buah berdepan tali gantung bunuh kekasih

KHOO Choon Heng, 44 diiringi anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Klang atas tuduhan membunuh kekasihnya pada 18 Disember lalu. - UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang penjual buah berdepan hukuman gantung sampai mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan membunuh kekasihnya sendiri, minggu lalu. 

 Tertuduh, Khoo Choon Heng, 44, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd. Rashid. 

Namun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Koh Chea Ling, 26, di Taman Bayu Tinggi di sini, kira-kira pukul 1 tengah hari, 18 Disember lalu. 

Choon Heng dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung atau penjara tidak lebih 40 tahun dan jika tidak dihukum mati boleh disebat tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Bahiyah Amir Haidi manakala tertuduh diwakili peguam  Sharonpal Singh.  Sebutan semula kes ditetapkan pada 1 Mac depan.

 Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan seorang wanita menemui ajal apabila ditikam berkali-kali pada bahagian hadapan dan belakang badan sehingga menembusi jantungnya dalam kejadian itu.

Wanita tempatan itu dipercayai ditikam seorang lelaki menggunakan sebilah pisau sebelum dibawa masuk ke tempat duduk hadapan sebuah kereta jenis Chevrolet berwarna perak.

Mangsa dikatakan bertemu dengan suspek kira-kira pukul 1.20 petang di sebuah restoran untuk makan tengah hari sebelum ditikam beberapa kali pada badan dengan pisau dan dimasukkan dalam kereta.

Motif kejadian dipercayai disebabkan cemburu dengan suspek kemudian mencederakan diri dengan menikam badannya menggunakan pisau sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya