Penjawat awam disaran segera daftar Digital ID - KPPA

Penjawat awam disaran segera daftar Digital ID – KPPA

ZULKAPLI Mohamed pada majlis mendaftarkan diri dengan Identiti Digital ID di bangunan Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penjawat awam di seluruh negara diminta supaya mendaftarkan diri dengan Identiti Digital Nasional atau Digital ID bagi memudahkan urusan pada masa depan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Dr Zulkapli Mohamed berkata, pihaknya akan berusaha memastikan semua penjawat awam mendaftarkan diri.

Beliau berkata, Digital ID dilihat bakal memberi kemudahan kepada penjawat awam terutama bagi setiap urusan penyampaian perkhidmatan awam membabitkan setiap urusan secara dalam talian.

“Kita akan berusaha untuk memastikan semua penjawat awam mendaftar dengan Digital ID,” katanya selepas menyempurnakan majlis mendaftarkan diri dengan Identiti Digital ID di bangunan Jabatan Perkhidmatan Awam, di sini hari ini.

Katanya, pihaknya bersedia memberi tempoh kepada penjawat awam untuk mendaftarkan diri dengan Digital ID.

Zulkapli berkata, pihaknya difahamkan Mimos Bhd akan memperluaskan kemudahan atau mesin pendaftaran Digital ID bermula pertengahan Januari depan sebelum dapat digunakan di semua kementerian dan seluruh negara.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi individu pertama di negara ini yang memiliki kemudahan Digital ID selepas mendaftarkan diri pada 1 Disember lalu.

Pada 21 November lalu, Anwar mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM80 juta kepada agensi pelaksana Digital ID, Mimos Bhd, untuk menyegerakan pelaksanaan Digital ID dan memperkasakan transformasi digital, serta membangunkan inisiatif digital khususnya membabitkan urusan dengan kerajaan.

Digital ID merupakan suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksi secara dalam talian.

Tanpa menggantikan sistem MyKad, Digital ID merupakan platform yang dipercayai dan selamat serta memudahkan pengesahan identiti dalam talian bagi mengelakkan penipuan identiti dalam urusan secara dalam talian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya