MELAKA: Tindakan segelintir peniaga membuka meja dan meletakkan kerusi di kawasan Pantai Puteri di sini menyebabkan lokasi perkelahan itu menjadi sempit untuk pengunjung. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, pada waktu siang mereka meletak meja dan kerusi di kawasan tumpuan pengunjung bersantai terutama di bawah pokok ru. Begitu juga pada waktu malam, lebih banyak gerai dibuka sehingga menyebabkan pengunjung tidak dapat menjalankan aktiviti berkhemah dan bermalam di kawasan pantai. Selain itu, terdapat…










