Nak jadi pelakon terbaik, atau sekadar hiasan? - Erma Fatima - Utusan Malaysia

Nak jadi pelakon terbaik, atau sekadar hiasan? – Erma Fatima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah, Erma Fatima tidak menafikan bakat dan rupa paras perlu datang seiring dalam mencari pelakon baharu.

 Katanya, dua aspek tersebut perlu ada pada setiap pelakon agar drama atau filem yang dijayakan dapat dijual dengan baik.

 “Pandangan saya ini merujuk kepada trend yang berlaku di Malaysia. Pelakon mesti elok baru ‘meletop’. Kalau tidak, ada bakat sekali pun susah orang nak pandang.  Tapi yang banyak sekarang ada pelakon muka cantik dan tampan tapi bakat lakonan tak ada.

 “Selesa saya katakan di sini, bakat, rupa paras dan populariti bergerak selari. Cuma sekarang ini, terletak kepada pelakon itu sendiri, pelakon seperti apa yang mereka nak jadi? Adakah dalam kategori terbaik atau sekadar menjadi hiasan skrin semata-mata.

 “Rupa dan populariti tak cukup. Sebab dua perkara itu akan pudar ditelan masa. Bakat, ilmu yang utama kerana itulah perkara yang membuatkan pelakon itu terbaik dan bertahan lama,” katanya.

Kongsi Erma lagi, industri mengalu-alukan kehadiran pelakon baharu, tidak mengira sama ada mereka dalam golongan pempengaruh atau pun yang hadir dari program pencarian bakat. 

 Cuma ia terletak kepada kebijaksanaan penerbit dan pengarah untuk memilih yang benar-benar layak untuk diketengahkan.

 “Kita memang perlukan pelapis baharu sebab penonton bosan dengan wajah sama menghiasi skrin televisyen mereka. 

 “Pempengaruh atau tidak, itu bukan persoalannya. Yang diharapkan adalah, mereka yang masuk memeriahkan industri ini biarlah ada matlamat untuk menjadi yang terbaik,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN