Mayat wanita ditemukan dengan kesan tetakan di badan

Mayat wanita ditemukan dengan kesan tetakan di badan

LOKASI mayat mangsa dengan kesan tetakan ditemukan di sebuah ladang di Kampung Ulu Bambangan, Membakut, Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEAUFORT: Seorang lelaki tidak menyangka seluar milik isterinya yang dijumpai di sebuah ladang sawit membawa kepada penemuan mayat isterinya dengan kesan tetakan di beberapa bahagian anggota badan, di sini semalam.

Mayat wanita warga Filipina berusia 40-an itu ditemukan pada pukul 11 pagi di kawasan belukar di ladang sawit berhampiran Kampung Ulu Bambangan, Membakut.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superitenden Ismail Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai hilang semasa pergi bekerja sebelum mayat mangsa ditemukan oleh suaminya.

Berdasarkan siasatan, suami mangsa menjumpai sehelai seluar warna hitam milik mangsa di ladang sawit berkenaan.

Susulan itu, ahli keluarga mangsa berusaha mencari mangsa di sekitar kawasan seluar mangsa dijumpai dan akhirnya menemukan mayat mangsa di belukar berhampiran dengan kesan kecederaan di beberapa bahagian badan.

“Pemeriksaan dan siasatan oleh Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah ke atas mayat di tempat kejadian mendapati tapak tangan sebelah kanan mangsa hampir putus, terdapat kesan luka di bahagian dahi sebelah kanan dan kesan kelar di bahagian leher yang dipercayai kesan kecederaan akibat ditetak dengan senjata tajam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail berkata, setakat ini, empat suspek termasuk seorang wanita warga Filipina yang berusia antara 30 dan 40-an ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, usaha mengesan suspek masih giat dijalankan dengan Unit Siasatan Khas D9, Unit Anjing Pengesan K9 dan Unit Forensik JSJ IPK Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN