Mangsa banjir menurun kepada 18,739 orang

Mangsa banjir menurun kepada 18,739 orang

KEADAAN rumah penduduk masih ditenggelami banjir di Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat.-UTUSAN/ KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mangsa banjir di empat negeri menunjukkan penurunan dengan seramai 18,739 orang membabitkan 6,126 keluarga berbanding 22,785 orang sebelum ini.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat setakat pukul 3.30 petang, negeri-negeri yang terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Johor.

Portal itu juga melaporkan 76 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini.

Bagaimanapun Kelantan terus mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi dengan 17,005 mangsa diikuti Terengganu (1,524), Pahang (155) dan Johor (55).

Sebelum ini, media melaporkan tumpuan angin dijangka berlaku di selatan Semenanjung dan barat Sarawak pada Sabtu ini sehingga 4 Januari depan berdasarkan analisis model-model cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Laporan harian bencana yang dikeluarkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan keadaan itu boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN